Ahad, 8 Januari 2012

Nota Geografi Fizikal Tingkatan 4 & 5 (nota ringkas)

Nota Geografi Tingkatan 4 & 5 

TEMA 1 - BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA

Sistem Bumi

1. Sistem bumi terdiri daripada 4 sfera:  
    - Atmosfera (zon udara)
    - Hidrosfera (zon air)
    - Litosfera (zon daratan)
    - Biosfera (zon hidupan)

2. Atmosfera terdiri daripada 5 lapisan:
    - Eksosfera   (engkau)
    - Termosfera (tak)
    - Mesosfera (makan)
    - Stratosfera (sayur)
    - Troposfera (toge)

    Atmosfera (zon udara)
    - Eksosfera 
      - lapisan paling tinggi, udara nipis, ada gas hidrogen dalam gas helium.
 
    - Termosfera
      - lapisan inosfera, balik gemolbang radio, ada aurora (jalur cahaya).

    - Mesosfera
       - lapisan atmosfera paling sejuk, tempat mateorit terbakar dan hancur.

    - Stratosfera
      - Ada lapisan ozon. Sesuai untuk kapal terbang supersonik.

    - Troposfera
      - Semua wap air dan aerosol ada di sini. Suhu semakin kurang.

    Hidrosfera (zon air)
    - Terdiri daripada air, tasik, sungai, air bawah tanah.
    - 97.2% daripada air di atas bumi terdiri daripada air masin.
    - Hanya 2.8% sahaja terdiri daripada air tawar.

    Litosfera ( zon daratan)
    - Terdiri daripada lapisan kerak bumi dan mental.

    Lapisan ini penting kerana:
    a) Tanih diperlukan untuk kegiatan pertanian
    b) Kaya dengan sunber mineral
    c) Menjadi habitat pelbagai hidupan liar

    Biosfera (zon hidupan)

    Terdiri daripada 3:
    - Daratan untuk tumbuhan, haiwan dan manusia (litosfera)
    - Udara untuk burung dan lain - lain hidupan yang terbang (atmosfera)
    - Lautan untuk hidupan air dan tumbuhan air (hidrosfera)